Kempen saat akhir UG bermula!

Posted on April 20, 2011

5


Mesyuarat pimpinan PAS pusat semalam antara lain memutuskan untuk mengadakan suatu konvensyen maqasid asy-syariah sebagai menyambut Muktamar PAS 2011 yang dijadualkan pada Jun ini.

Konvensyen penting itu dijadualkan bermula pada 15 Mei ini.

Ketua Dewan Ulama PAS (DUP) Dato’ Harun Taib khabarnya akan membentangkan suatu kertas kerja maqasid asy-syariah dalam menentukan hala tuju parti di pilihan raya umum ke-13 kelak.

Dato’ Seri Azizan Abdul Razak, Menteri Besar Kedah merangkap Pesuruhjaya PAS Kedah dinamakan sebagai panel penilai pada perbentangan kertas kerja Taib yang juga Pesuruhjaya PAS Terengganu.

Seorang ajk PAS Pusat memberitahu, konvensyen itu diadakan semata-mata untuk mengekalkan status quo ulama’ pro Kerajaan Perpaduan, khususnya Presiden PAS Dato’ Seri Abdul Hadi Awang pada saingan kali ini.

Konvensyen kali ini seakan mengulangi kempen saat akhir melalui Konvensyen Sambutan 25 Tahun Kepemimpinan Ulama yang diadakan sempena musim saingan Muktamar PAS 2009 lalu di Shah Alam.

Ketika itu, Mursyidul Am PAS Dato’ Dr. Harun Din diberi tanggungjawab membentangkan kertas kerja mengenai ulama dalam perjuangan PAS di tanah air.

Manakala, Nasharuddin Mat Isa yang mempertahankan kerusi timbalan presiden PAS dinamakan sebagai perasmi konvensyen tersebut.

Dr Harun menjadi perhatian khalayak ketika itu ekoran mengfitnah ajk PAS Pusat Datuk Husam Musa melakukan rasuah pada musim saingan 2009.

Husam difitnah semata-mata bertindak menawarkan diri menyaingi Nasharuddin untuk kerusi no.2 dalam parti.

Dr Harun bagaimanapun dalam suatu menyuarat PAS pusat memohon maaf kepada Husam setelah ditekan oleh Exco Kelantan tersebut supaya mendatangkan bukti atas dakwaan berat tersebut.

Dijangka Mohamad bin Sabu yang nekad menjadi saingan Nasharuddin bagi kerusi no.2 dalam jamaah PAS pada muktamar kali ini menjadi “beg tinju” puak ulama pro Kerajaan Perpaduan kelak.

Advertisements
Posted in: Presiden